Tuesday, June 30, 2015

Syahdu di bulan Ramadhan.

Assalammualaikum,

Dah dua hari rasa macam putuih cinta. Syahdu. Haha.
Semua benda buat serba tak kena. Kerja pun malas *padahal memang hari2 malas*

Lambatnya Friday. Padan muka sendiri bagi cadangan kat mak. Sendiri yang sedih. Actually Hadif Zhafran berada nun jauh di Penang. *huwaaaaa! syahdu!!!*

Sebab kena kerja mlm, so kesian mak sorang2 kat rumah. That's why bagi cadangan kat mak

"stay ja la Penang mak oi~~"

Dang~!!! makanya syahdu berendam air mata la 2 3 hari ni.. haha. *lepas ni takleh dah mak oii~ merana jiwa raga..hahaha*

Em em. .apa yang nak update? Actually blogging ni pun dah outdated sangat dah.. Tapi once a while macam nak tulis la jugak.. Mana tau bila dah takdak nanti, anak2 google2 boleh baca ka.. :p


OKlah bai..

p/s : semoga semua selamat dan dipermudahkan. Amin.
p/s/s : Abg long cepat mai kat mama! Mama is rindu!

Friday, June 12, 2015

it got me to the deepest part of my heart.


and if you hurt me..
that's ok baby
only words bleed
inside these pages you just hold me
and i won't ever let you go




video

youtube : https://www.youtube.com/watch?v=nSDgHBxUbVQ

Tuesday, June 9, 2015

Bersyukur

Assalammualaikum,

Disebabkan dah nak Ramadhan, mode serban atas kepala on. Teettt...

Apa yang aku nak cakap pasai bersyukur? This post is more like a-note-to-myself note.

Situasi A :

GST : 6%
Increment 3%

Ali : Gaji naik 3% ja? Mana cukup, GST 6% kot?
Ahmad : Bersyukurlah ada ramai lagi yang tak naik gaji. Or even worst, tak ada kerja. 

Situasi B
Elaun perumahan ditambah RM200 dari asal

Ali : RM200 je? sewa rumah area sini pun cikai-cikai pun RM900
Ahmad : Bersyukurlah. Ada ramai lagi yang nak sewa rumah proper untuk family pun tak mampu sebab gaji cukup2 makan. Elaun pun tadak. 


OK cukup lah situasi. Aku nak tanya, tak boleh ka kau bersyukur walau sekali?
Hidup kalau tak mampu nak lapangkan dada bersyukur, memang sentiasa akan crave for more.
Semua orang ada purpose untuk hidup.

Tak kira lah apa pun purpose hidup kita, tolonglah titik kat dalam hati kita kesyukuran untuk setiap rezeki yang kita ada/dapat.

Ni tak bersyukur sampai tahap orang bagi orang bagi cekelat hacks boleh question "Laa, hacks sajia?". Mungkin kat kau "hacks sajia" tapi kat orang lain "Nutella". *ifyouknowwhatimean*

So belajaq la bersyukur. Bukan susah mana pun.

Ramadhan is around the corner

Assalammualaikum,
Minggu depan dah nak puasa. Sat ja masa berjalan. Teringat puasa last year kena buat kuih raya untuk bebudak sekolah.

Al-kisahnya lepas dah kena vss tu, punya serabut pkiaq pasal duit, Allah panjangkan rezeki dapat jadi cikgu ganti kat Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana. Alhamdulillah. Of course excited uols sebab aku kan memang suka mengajaq. So skop kerja adalah jadi cikgu masakan ngan seni. Failed! Tapi daku gagahkan jua belajaq kat youtube demi kesejahteraan semua.

Program Pendidikan Khas Intergrasi. Sumpah hari aku jadi cikgu, that was the first time aku dengaq program ni. Ni program persekolahan kanak-kanak istimewa consist of various type of keistimewaan diorang like Autism, Hyper, Cerebral Palsy, Slow learner and others. Ye lah, ada sorang dua tu memang anak syurga. Betapa istimewa sampai tengok muka depa ni pun rasa tenang ja hati nak senyum ja selalu. (of course not all of them. :D hanya seorang dua tu yang betoi2 buat aku rasa tenang)

Banyak sangat aku belajaq kat sana. Nampak ja depa macam tu but the are full of love. Depa might not normal but depa punya adab jauh lagi baguih dari those yang so-called normal students. (based on experience mengajaq form 3 and form 4) 

*sigh* Rindu pulak kat depa. *sigh*

Semoga Allah sentiasa melindungi depa. Amin. 


I am definitely looking forward for Ramadhan for its bulan yang penuh rahmat..
Other than that......of course because MAK IS HERE WITH ME TO COOK FOR SAHUR & BERBUKA. ok kakak2 abang2 sila jeles. wakakaka. lamanya tak merasa berbuka & sahur ngan mak. rasanya dah 4-5 tahun dah kot. *cry!*