Friday, November 28, 2014

It's The Day

Date : 21.10.14
Time : 02:10
Venue : Prince Court Medical Centre
PIC : Dr Seri Suniza

Tak tau nak rasa apa. Tak tau nak react camna. Tak tau nak kata apa. Cuma yang aku tau, itu adalah hari yang paling precious. 

Our first date.


**A few minutes after you're born. Permandangan yang paling indah**


Alhamdulillah. 


Terima kasih Allah untuk rezeki ini. 
Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya.


Alhamdulillah.

Terima kasih anak untuk tak pernah menyusahkan walau sekalipun. 
Untuk morning sickness yang sangat minima.
Untuk tidak mengidam yang bukan-bukan
Untuk kekuatan dan sebagai peneman.
Untuk keluar ke dunia dengan sekali teran.
Untuk tidak menangis dan meragam.

Alhamdulillah.

Terima kasih semua orang untuk segalanya.

*******************

Betul la orang kata. Hilang segala sakit bila nampak anak depan mata. It's true. Even if ada orang tanya rasa sakit beranak macam mana? Aku cuma boleh jawab sakit macam nak berak. 


Dan Allah Maha Berkuasa. Kalaulah Dia tak hilangkan perasaan sakit selepas proses kelahiran. Kalaulah Dia tak erase memory kita tentang kesakitan beranak. Aku jamin. Mesti kita serik nak beranak. Cukuplah sekali. Sumpah sakit. Tapi, sumpah kau akan lupa kesakitan tu and taktau nak describe dah camna rasa tu. Itu aku pasti.

*********************

Thank you love;
Untuk urutan setiap malam.
Untuk kudrat dan layanan.
Untuk 4 botol air selusuh.
Untuk setiap doa dan sokongan.
Untuk sentiasa ada disisi.

Thank you mak & bapak;
Untuk setiap doa dan tenaga.
Untuk bergegas ke KL sebagai peneman.
Untuk segala-galanya.

Thank you akak (Husna);
Untuk setiap titik peluh, keringat, kudrat dan pertolongan.
Untuk sanggup MC semata-mata ingin meneman.
Untuk setiap cemuhan 'macha'.
Untuk segala-galanya. 

**********************

Terima kasih mak. Sebab lahirkan adik. Besarkan adik. 
Terima kasih mak. Untuk segala-galanya.


p/s : Tolonglah jangan lukakan hati mak kita. Letaklah dia kat tempat yang paling tinggi dalam hati. 

0 comments: