Tuesday, December 2, 2014

Officially dah habis pantang. Hoyeah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Yeay~ Dah merdeka!!! Officially dah habis berpantang. Tetiba selera makan serupa jin. Semua benda nak makan. Baru ja seronok berat turun. Hue hue hue~~


Well, aku masih lagi dalam mood "Eh~ anak aku ka tu?" or "Aku dah jadi mak?". Macam mimpi. Macam tak boleh nak digest lagi. Phew~~ Major life changing. Still doing my best to adapt. Time ni rasa masa jalan cepaaaaaat sangat. Macam "Eh~ dah sampai masa untuk next feeding time? Rasa macam baru ja nyusu." *padahal bila tengok jam, dah 2 jam lebih dah*


Benda paling mencabar sepanjang jadi mak is waktu shift malam *starts at 2am*. Mata serupa kena gam. Time ni badan dah super flat! Tak boleh buat apa dah. Lucky me, shift ni shift mak. Sebab yang boleh jadi shift mak is aku tak sedaq langsung baby menangis minta susu. *Good thing bout baby is dia tak akan nangis unless betol-betol lapaq tahap 4 jam tak makan - mama TERmissed 1 shift of your feeding time. Sorryyyyy honey!!*


Yes, orang cakap bila baby tido, mama pun have to sleep, rest. Tapi, time baby tido laaa aku ada banyak benda lain nak buat. Knowing me yang kaki kelebet, *tak tau nak explain kelebet tu apa* time ni la aku guna nak teliti tengok anak aku, normal ka kalau ada biji-biji merah kat kulit, normal ka kulit macam mengelupas, ok ka dia tido macam tu, selesa ka, itu la ini la. *Penat*


Oh and I'm not sure whether ada tak mak yang macam aku, I do keep track on my baby's feeding pattern. I mean, I buat record macam nurse-nurse kat hospital tu dok buat.

Date
Feeding Time (start - end)
Direct/Bottle
Quantity
Given By

"Anak sulung, hang rajin la buat camtu"

"Hala mak. First timer. Budak baru belajaq" *Well, Hopefully benda ni tak berterusan. Penat oiii*


Ok lah. Baby dah oh eh oh eh. Chiow.

p/s : Tengok kamu tido adalah permandangan yang paling indah. Mengasyikkan. Terima kasih Allah untuk semua ni.

p/s/s : Mama loves you so much. Love you. Love you. Love you. Love you.

Friday, November 28, 2014

It's The Day

Date : 21.10.14
Time : 02:10
Venue : Prince Court Medical Centre
PIC : Dr Seri Suniza

Tak tau nak rasa apa. Tak tau nak react camna. Tak tau nak kata apa. Cuma yang aku tau, itu adalah hari yang paling precious. 

Our first date.


**A few minutes after you're born. Permandangan yang paling indah**


Alhamdulillah. 


Terima kasih Allah untuk rezeki ini. 
Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya.


Alhamdulillah.

Terima kasih anak untuk tak pernah menyusahkan walau sekalipun. 
Untuk morning sickness yang sangat minima.
Untuk tidak mengidam yang bukan-bukan
Untuk kekuatan dan sebagai peneman.
Untuk keluar ke dunia dengan sekali teran.
Untuk tidak menangis dan meragam.

Alhamdulillah.

Terima kasih semua orang untuk segalanya.

*******************

Betul la orang kata. Hilang segala sakit bila nampak anak depan mata. It's true. Even if ada orang tanya rasa sakit beranak macam mana? Aku cuma boleh jawab sakit macam nak berak. 


Dan Allah Maha Berkuasa. Kalaulah Dia tak hilangkan perasaan sakit selepas proses kelahiran. Kalaulah Dia tak erase memory kita tentang kesakitan beranak. Aku jamin. Mesti kita serik nak beranak. Cukuplah sekali. Sumpah sakit. Tapi, sumpah kau akan lupa kesakitan tu and taktau nak describe dah camna rasa tu. Itu aku pasti.

*********************

Thank you love;
Untuk urutan setiap malam.
Untuk kudrat dan layanan.
Untuk 4 botol air selusuh.
Untuk setiap doa dan sokongan.
Untuk sentiasa ada disisi.

Thank you mak & bapak;
Untuk setiap doa dan tenaga.
Untuk bergegas ke KL sebagai peneman.
Untuk segala-galanya.

Thank you akak (Husna);
Untuk setiap titik peluh, keringat, kudrat dan pertolongan.
Untuk sanggup MC semata-mata ingin meneman.
Untuk setiap cemuhan 'macha'.
Untuk segala-galanya. 

**********************

Terima kasih mak. Sebab lahirkan adik. Besarkan adik. 
Terima kasih mak. Untuk segala-galanya.


p/s : Tolonglah jangan lukakan hati mak kita. Letaklah dia kat tempat yang paling tinggi dalam hati. 

Wednesday, November 19, 2014

The Day I Feel You So Close To Me


Is The Day When I Feel Your Beat


*****************************

9th April 2014
Since our last meet up baby, mama patiently waiting for our next date. *In between there was 2x ultrasound took place. hue hue hue~* Today was the day where mama eagerly wanted to hear your heartbeat. Dang~ we met in Hospital Lam Wah Ee, Penang, with Dr Quah. Your heart was beating so fast and clear. It was a wonderful feeling that no words could describe it. That is the moment where mama sedar yang baby sihat, sedang membesar dalam rahim mama. Yang semuanya bukan mimpi. Alhamdulillah. 


**There you are. My little bean. 9 weeks old**


********************************

At first mama ingat nak maintain dengan Dr Suriati. However abah beria2 suruh mama deliver kat Prince Court. He wants the best for us. Katanyalaaaa~~ So me and your mommy pun walk-in kat hospital tu nak buat appointment dengan Dr Seri Suniza *Googled the hospital's website to look for a muslim female gynea. Turn out she was the only one there*. 

So masa nak daftar tu, her nurse kata dia fully booked. Tapi still, they asked me to leave my phone number manatau ada slot yang mama boleh squeeze in. Alhamdulillah. Rezeki baby nak jadi baby Prince Court. Mama dapat slot 19th June 2014. In 2 months time baru boleh jumpa. *Dalam hati dok merungut better maintain ja ngan Hospital Pantai Cheras*

Makanya, sehingga tarikh itu, kita selalu date kat Klinik Suraya, kat Puchong. 


Oh wait~!! Semua doktor yang ada kena mengena throughout this pregnancy semua start huruf S. 

Dr Suriati
Dr Suraya
Dr Seri

Your name should start with S la sepatutnya.. Haha. =b

Em em.. Mama should sleep now since you're just slept. Nanti nak bangun nyusu lagi.

Good night!

p/s : Mama loves you so much. 

*i'll be your crying shoulder and the biggest fan of your life*

Saturday, November 15, 2014

I Want A Girl. He Wants A Boy



But in the end, a healthy baby that matters. 


**********************


Excitement strikes. Rasa macam tetiap hari nak p scan. *over kan?* Well, my first time scan baby ni was at Hospital Pantai Cheras, dengan Dr Suriati Kamal. Masa tu kecikkkk ja. Nampak sac ja. Besar setitik ja. Roughly dalam 3 - 4 weeks as per doctor's opinion. *See, punyala baby nak show that you were there, sepatutnya tak nampak apa pun, tapi still boleh nampak setitik sac. Alhamdulillah*

Next appointment suppose to be in one month time. BUT. Disebabkan sifat terketaq-ketaq penuh dalam diri mama, the very next week mama dah went to see another doctor untuk scan you, my baby. You don't know how it drives me crazy to read those experiences from others mommies regarding empty sac laa apa laa. Tidoq malam tak lena. 


**Next scan kat Dr Suraya your age was roughly around 5weeks**


Alhamdulillah. There you are. Tiny tiny little bean. My sweet little pie. Lega satu bab. The sac wasn't empty. Yeay~! Bole move to the next kerisauan. Heartbeat. *Deng~ yang ni paling takut.*


****************************


Do you know baby? The very first time mama saw you, my instinct told me that you're a boy but well, living in denial and hoping you're a girl sebab mama nak ada geng. *Sebenaqnya paling nak girl sebab takmau abah menang. Haha. Yes. Perangai mama keji sikit.*


Well, tak kisah lah boy or girl. Mama sentiasa doakan baby grow healthy and strong. 

p/s : Untunglah baby ada mama, abah, mommy, ummi, tok wan, tok ma, tok, wan, aki, wan, and ramai lagi yang sayangkan baby.

p/s/s : Sekarang ni baby tengah oh eh oh eh as usual. Mama still learning your language. What should I do baby? *baru ja lepas tenangkan you. Bebai kat mama naa~~ Mama puk nanti.. =b*



Friday, November 14, 2014

The Day I Know That I'm Gonna Become A Mama

Assalammualaikum.

It's been sooooo long since my last post. Kenapa? Kenapa? Kenapa nak berbelog balik ni? I don't know. Just feels like blogging again. *sebenarnya sebab hidup kejauhan dari cinta hati*

Alhamdulillah. Dah 24 hari jadi mama. Macam mimpi. Macam baru semalam dok pillow talk pasal anak. Pasal how ready are we to become a parent. Pasal sedih bila orang cakap aku tak sihat that's why tak pregnant lagi. Pasal everything.

Betol la kadang-kadang benda jadi when we least expecting it. Macam pregnant ni. For that very one and only month my mind was free from thoughts of wanting to get pregnant. Totally zero. Macam taktau how I manage to ignore those feelings and move on with my life. Yang I ingat, that was the month where I bertekad untuk be happy and enjoy life dengan Pali, plan nak holiday sana sini tengok dunia.

*********************

8th March 2014.
So untuk permulaan, we've decided nak holiday dalam negeri sajia which is dekat Palace of the Golden Horses. Sekentut ja dari rumah. Nak dijadikan cerita, masa tengah packing terjumpa la Clear Blue digital pregnancy test yang dah expired. Haha, since dah lama tak buat taksub nak test, saja ja grab and bawak p skali la for our mini getaway ni. Tapi well, Pali dah warning awal-awal to not to feel down or sad if result not as per what I expected. *Deep inside nak sad jugak tapi psycho myself since it was an expired device, so what ever the result is, won't affect my feelings. Cheewah*

9th March 2014.
Dup dap dup dap. Bangun pagi gosok gigi sambil tunggu result. Konon nak cool tapi tak! Sebab masa tunggu tu dah tulis "Pregnant" tapi still loading. So when I read the notes, if indicator tulis "Pregnant" while the thing is still loading, doesn't mean that you are pregnant. Bang~! Down balik. So continue what need to be done, dah siap pakai baju semua tengok balik the stick. "Pregnant 2 -3". That moment tak tau nak describe the feelings. Excitedly woke Pali up and when I showed it to him, he commented the one thing I hate to hear,

"Ny, just so you know, it was an expired device. Don't get too excited". *Dengan muka beliau yang penuh tiada perasaan langsung!!*

"Ya, I know. Alhamdulillah, even if it's not true, I don't mind". *Sambil muka sedih sikit. Gila kau tak kisah??? Deep inside berdoa kat Allah yang it's for real.*

"Satgi kita p farmasi beli test kit yang baru ok?". *big hug*

*********************

Maka bersiap awal lah kami laki bini, bergegas ke farmasi and beli 2 test kit untuk test. Walaupun niat di hati nak test the next morning, tapi naluri perangai terketaq-ketaq aku tak dapat dibendung. Immediately aku test kat toilet berdekatan. *Sorry husband*

Deym, satu line sajia. One part of me konon cool, redha. The other part of me dah dok mai sedih dah. Takpala. Bukan rezeki lagi. Tapi sedih-sedih, bungkus jugak test kit tu tak buang, sebab nak tunjuk kat Pali. Ngeng~~

"Eh, ni double line?"

"Mana????"

A'ah. True! Double line. Oh mai oh mai.. Is it true? *Terpaksalah si suami hadap soalan si isteri yang berulang kali tu.*


**Sempat lagi snap pic kenangan just in case semua ini adalah tipu belaka. Hue hue hue**



**********************

OK lah. To cut the story short, Alhamdulillah, saya disahkan 5weeks pregnant oleh doktor. *Walaupun berangan la doktor wish congrats macam dalam drama-drama tapi nan hado~*

Makanya bermulalah journey kehamilan yang penuh excitements. 

9th March 2014 was the day we know that we're gonna be a parent. 


p/s : Gonna write everything I remember along the journey carrying little sweet pie in my tummy. For you sayang. So that you know, what your mama and abah went tru to bring you dalam dakapan kami. 

p/s/s : We already love you so much baby. Long before we knw that kamu sudah menempel di rahim mama.