Tuesday, March 12, 2013

Random Tuesday

Haa.. Kan I dah pindah dari Selangor ke Kuala Lumpur.. Walaupun jarak rumah lama ke rumah baru tak la significantly berbeza, NAMUN jarak rumah baru ke office amatlah memeritkan zahir dan batin.. huwaaa... Ok mari review. *Cecewahh*

1. Jalan yang tidak jem. Sempurna traffic nya = 60km.

2. Jalan yang jem. Yang memerlukan skill cilok mencilok = 45km

Huwaa..pagi-pagi bangun tidoq rasa macam nak menangeh teringat nak kena drive sorang2... Apakan daya, demi sesuap nasik kukorbankan jua..

Oh baideway.. ayaq (read : air) kat rumah baru rasanya kurang bersih.. Jerawat batu sudah 4 bijik kelihatan. Jerawat batu besar yang sakit kaw-kaw uolss.. *menangeh lagi*

Idokla (read : tidaklah) menangis kerana jerawat memburukkan muka..tapi sebab sakit dia tu azab sikit.. I kan clumsy..kadang2 garu sesungguh hati sebab terlupa. Adoi!! Padan muka hang Minda.

Please bebeh.. Pasang filter boleh dak? I tau tak boleh sebab nak boh macam mana kan? Huwaaa..

0 comments: