Friday, September 28, 2012

twentyeightofseptembertwothousandandtwelve

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum Penghulu Hari..
Assalammualaikum Semua..


Seperti hari2 biasa, menghabiskan sisa2 waktu di Toshiba tanpa berbuat apa2. Makan gaji buta bulan2 kecuali beberapa hari sebulan yang teramat sangatlah busy sampai terpaksa berOT. Sebenarnya kerja amatlah banyak. By monday kena siap. Well, Friday kan memang selalu mood kelaut. Jadi sambil tunggu masa untuk pulang, mari merapu disini.

Life so far so good. Dah kahwin tapi feeling2 baru bercinta. I love this feelings. Orang cakap nanti dah kahwin semua akan different. Which kadang2 might be true sebab dah doplohpatjam mengadap muka, tang mana nak pretend lagi. Alhamdulillah, we complete each other. Sekarang ni tengah sesi menstabilkan ekonomi. Jimat sana jimat sini. Baru nak bina hidup la kiranya. Pelan2 kayuh.. Semoga usaha kami diberkati..

Hidup ni kalau tadak cabaran tak feel la. Kalau graph kehidupan ni asyik berkadar terus dengan keseronokkan tu adalah sesuatu yang membimbangkan. Setiap kali ada dugaan yang wujud, the bonding between my husband and I will be stronger. Therefore kalau graph asyik directly proportional between time and happiness,  kemungkinan besar bonding will be inversely proportional with time. Apa aku merepek ni? Abaikan.

Semalam doctor ambil darah berikutan demam berpanjangan. Konon berangan la nak kena admit & boleh rest kat hospital, tapi al-maklumlah hospital kerajaan, susah la sikit. Sekarang ni pun demam masih di paras on off, running nose and headache. Kepala jugak ada itu pusing2 seperti lalat kepeningan. Result darah dah keluar. Saya tak mengidap denggi. Sekian. Cuma kata doktor darah saya pekat dan harus minum air yang banyak. Darah pekat boleh lead to sakit jantung. Oh mak! No wonder kadang2 rasa tak boleh nafas *uih, dan dan laaaaaaaaaa*

Lately kerap sangat MC. Sampai naik segan ngan bos kecik yang maha baik tu. Bila time2 demam ni, mula la nak rindu the good old days in Malacca. *sigh.

Sebenarnya kadang2 saya rasa yang saya dah salah ambik path. Saya memang tak sesuai jadi Engineer. Saya salah ambik course. Gila kan? Dah tak boleh nak turn back time. Sadly but true.
Apa kau merapu ni Minda?


Dah 4.06pm. Nak melepak di surau demi menghabiskan masa pulak. Daaa.

p/s : Baru terperasan yang kat wishlist sebelah tadak langsung baby tersenarai dalam list. Alamak sudah terlupa. Sebenarnya saya mengimpikan anak yang ramai. Ramai mana? Haa. Paling sikit 4 orang maybe? Amboih hang Minda. Sakan noo? Nak dapat sorang pun berjenuh tau.



0 comments: