Sunday, July 29, 2012

Resepi : Ayam Golek Merepek

Bismillahirrahmanirrahim... (baca doa makan seksiap)

Sejak dapat oven hasil hadiah kahwin dari Maybank (ehem2..makasih naa~~), mula la bergiat aktif baking macam2 makanan. Cik husna beria beli sekoq ayam tanpa dipotong semata2 nak test oven golek2 ni. Jadi demi tidak menghampakan beliau, terkeluarlah resepi ayam golek yang merepek dikala malam hari. 


golek2..abaikan lelehan dibawah oven

Bahan-bahan Perap Ayam :
1) Cili - ikot tahap kepedasan yang mau.
2) Bawang Putih - 1 bulat tu..(taktau la orang panggey apa. yang tak payah cerai2 dia tu)
3) Bawang Merah (kecil) - 4 ulas (ni pun ikot la nak guna bawang jenis apa)
4) Tomato - 1 biji
5) Black Pepper - sesedap rasa
6) Gula - sesedap rasa
7) Garam - sesedap rasa
8) Sedikit perahan Jus Lemon (ala2 masterchef)
9) Sos Tiram - 1 sudu kecik (kot)
10) Seekor ayam bersaiz sederhana. Jangan dipotong. buang segala isi perut sudey~

Bahan-bahan Sos :
1) Bawang Putih - 3 ulas
2) Whipping cream - (yang dalam kotak tu, bukan botol tu) Setengah kotak kecik tu
3) Cheese - sikit
4) Air - ikot sesedap hati
5) Garam - sesedap rasa
6) Black Pepper - sesedap rasa
7) Butter untuk goreng bahan sos


Cara memasak :
1) Blend kan semua bahan-bahan perap ayam tu. (Ayam jangan blend skali la~ =b)
2) Sapu kat badan ayam tu sampai rata, masukkan kat celah2 dalam badan ayam tu.
3) Tutup and simpan dalam fridge/kat luaq dalam sejam or more (lagi lama lagi sedap, bahan tu meresap~)
4) Dah siap, panggang la ayam iteww~ seperti dibawah.


kuek kuek kuek~ saya dipanggang~~~
Rupa ayam lepas siap panggang
Cara memasak sos :
1) Tumbuk bawang putih sampai halus/ada teksture sikit. Lepas tu goreng dengan butter guna api kecik. Sampai keluaq bau wangi.
2) Masukkan air ngan black pepper. Bagi mendidih sikit, jangan didih banyak. 
3) Masukkan whipping cream ngan cheese. (actually kalau takdak cheese pun takpa. sebab whipping cream tu pun dah cukup.)
4) Masak secukup rasa sampai dia macam creamy. Kalau ada oregano letak sikit. pun sedap. 

p/s : sos ni jugak leh buat sos untuk mashed potatoes kita. Kot2 la extra rajin nak buat.


Tadaaa~ hidangkan makanan anda. 
p/s : Lebihan perap ayam tadi, kalau nak buat sos pun boleh. Letak butter sikit, masak sos tu sampai jadi macam likat sikit. pastu sedap gak nak cicah ngan ayam.

Konon rajin letak la sayuran dan mashed potatoes


Siap sudey~ (adohai, lapaq la plak!)


Sekian. Makanan candlelight yang tiada candle hanyalah light.. 
Kalau sapa yang tadak oven or tempat golek2, bleh jugak guna dapur gas ja nak masak ayam ni. 


p/s: ok Norul Husna Kholiah. I dah update. hahahaha =b 
p/s/s : cik Husna & incik Fadzli kata ayam ni rasa macam nandos~ (ceq kembang hidung luaih-luaih~)


oihhhh~~~ baru pukoi 1pm...waaaaaa~~ hahahahha


3 comments:

Nhk said...

Hahahhajaha..apa daa..siang ari posa update pasal makanan lazat..update cuti2 dulu laa..honeymoon pon x update lg~~~ hahahahaha

emilyrockz said...

wakakak...
gambaq honeymoon kat bawah..malaih p turun amek..hahaha

fullmark87 said...

kenny rogers la..bukan nandos.