Friday, July 6, 2012

Just my dua kupang

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebenaqnya life ni Allah dah plan elok dah sangat untuk kita semua. Apa yang Dia bagi semuanya ujian. Kalau Dia bagi sakit, tu ujian nak tengok hang sabaq takat mana. Kalau Dia bagi senang, tu nak tengok hang bersyukur ka tak dengan nikmat Allah tu.

Tapi kan, maknusia ni, depa takbur. Kufur nikmat yang Allah bagi tu. (bercakap untuk diri sendiri)
Dan dengan teknologi yang dok ada ni, lagi la senang kita nak muntahkan ketakburan dan keriakkan kita ni. (well, memang kita tak rasa or tadak niat nak riak, but somehow think again! what is the purpose of you doing this and that?)

Facebook, twitter, blog, myspace, friendster, dan macam2 lagi la medium untuk kita meluahkan rasa segalanya. Seronok, sedih, bersyukur. Tak kata benda ni tak bagoih. Ada bagoihnya medium yang macam ni boleh la kita berkongsi ilmu agama dan benda2 bermanfaat selain generate income.


"Thank you so much hubby kerana membelikan I bag Gucci yang paling mahal kat dunia ni, I love you so much".

"Thank you so much wifey sebab masakkan I makanan kegemaran I setelah sekian lama I berlapar. You are the best"

"Sayang, bakal mak mertua U beriya-riya menjahit baju untuk pertunangan kita yang akan berlangsung tak lama lagi. I is so happy sayang. Thank you mother" - sambil post ke page si bakal tunang.


Ni la contoh2 yang sikit yang aku dok tengok kat Facebook ngan Twitter ni. Don't you know the meaning of privacy? Abeh dah kalau semua benda nak cerita kat dunia, what else left between both of you, partner?

Yang si husband and wife tu, can't you just hug your husband/wife, kiss2 apa patut buat la apa patut and thanks her/him for everything yang dia dah buat instead of announcing it kat Facebook or Twitter. What's the point people??? Kalau tak riak, dah tu apa? Saja buat macam tu sebab husband/wife takdak handphone/long distance relationship, so nak cakap in private tak boleh. Ok fine. Don't you know that muka buku tu ada private message and si burung biru itu punya direct message????

Cerita dia la ni. Rimaih teruk2 sebab semua benda habih nak cerita kat dunia ni. Benda personal macam tu. Aku tumpang kesian. Haa, ngan aku2 sekali tumpang meroyan.

Takdak boyfriend, meroyan,
Dah ada boyfriend, meroyan jugak,
Tak bertunang, meroyan,
Dah nak bertunang pun meroyan jugak,
Esok nak kahwin pun meroyan,
Jangan nanti dok tengah make love pun meroyan cerita posisi apa hampa dok buat dah la.
Aku sepak muka tu laju2 baru ada akai!


Sekian.

"There is no reason for people to show how happy there are. They can let the world know without even saying anything"


Orang tua-tua cakap, yang dok sebok kata depa happy tu la maknusia paling looooseerrr kat dunia ni. Kalau betoi2 happy, solat, sujud kesyukuran, sembah la Allah. Sebab sekelip mata saja dia boleh tarik balik semua benda.



p/s : Apa pulak perasaan orang lain yang tak punya apa yang ampa ada, then baca semua benda and rasa sedih/rendah diri or what so ever?? Tak kesian ka?? Alhamdulillah jodoh anda dah sampai, tapi for those yang tak sampai jodoh lagi, baca semua benda, deep inside tercuit jugak rasa sedih. Can't you see? Jadilah manusia biasa yang tahu berserdehana.


0 comments: