Friday, June 29, 2012

Jam itu masih milikku~~~

Alhamdulillah..
Title tak boleh blah...haha!
So peringatan untuk diri sendiri dan semua orang adalah, sila jaga barang-barang yang berharga dan disayangi itu rapat-rapat agar kejadian hilang menghilang tidak berlaku.

Al-kisahnya apabila kehilangan jam itu semalam, saya melakukan tindakan drastik dengan menulis notis keliling surau dan menghantar e-mail supaya sesiapa yang menjumpai jam itu pulangkan dan tempek gambaq jam tu kat notis & email tu. Kira semalam glamor habis la bila semua orang asyik tegur tanya soalan yang sama "dah jupe jam? tapi kalau Fossil tu memang Innalillah la jawabnya minda". Redha. Memang redha, tapi kat hujung hati itu ada setitik harapan semoga ada orang yang baik hati pulangkan.

Jam


Redha kat Allah, dan berdoa, dan teringat satu doa supaya orang yang ambil barang milik kita supaya pulangkan. Surah al-Hasyr, ayat 18.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."


Tapi tu la, bila doa tu memang dah redha habis, serah kat Allah kalau ada rezeki, ada la. Nak buat macam mana. Masalahnya Incik Fadzli ni pulak kaki rilek. "takpala, nanti kita beli lain jam tu". Amboih sakan! serupa gaji seploh ribu sebulan naaa? Tapi nasib beliau rilek so perasaan sedih tu hilang terus la. haha! *actually disamping sedih barang tu hilang, sedih sebab takut kena marah*


So bila semalam akak tu call and cakap jam dia simpan, punyalah tak tau nak describe perasaan macam mana. Alhamdulillah. Sebab kakak-kakak kat sini semua cakap barang yang hilang kat surau memang tak pernah jumpa balik. I am lucky. Syukur.

Kesimpulannya kat sini adalah... jam tu masih memerlukan I untuk menjadi tuannya.. Yeah bebeh!!!!

p/s : so incik, kalau nak beli jam lagi, beli yang macam lain ok? tak perlu sama exact sebab I dah jumpa dah jam tu..hahaha.. =b

p/s/s : ini malam balik kampung~~~ yeeehaaaaaa!!!!!!!!



0 comments: