Friday, June 29, 2012

Jam itu masih milikku~~~

Alhamdulillah..
Title tak boleh blah...haha!
So peringatan untuk diri sendiri dan semua orang adalah, sila jaga barang-barang yang berharga dan disayangi itu rapat-rapat agar kejadian hilang menghilang tidak berlaku.

Al-kisahnya apabila kehilangan jam itu semalam, saya melakukan tindakan drastik dengan menulis notis keliling surau dan menghantar e-mail supaya sesiapa yang menjumpai jam itu pulangkan dan tempek gambaq jam tu kat notis & email tu. Kira semalam glamor habis la bila semua orang asyik tegur tanya soalan yang sama "dah jupe jam? tapi kalau Fossil tu memang Innalillah la jawabnya minda". Redha. Memang redha, tapi kat hujung hati itu ada setitik harapan semoga ada orang yang baik hati pulangkan.

Jam


Redha kat Allah, dan berdoa, dan teringat satu doa supaya orang yang ambil barang milik kita supaya pulangkan. Surah al-Hasyr, ayat 18.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."


Tapi tu la, bila doa tu memang dah redha habis, serah kat Allah kalau ada rezeki, ada la. Nak buat macam mana. Masalahnya Incik Fadzli ni pulak kaki rilek. "takpala, nanti kita beli lain jam tu". Amboih sakan! serupa gaji seploh ribu sebulan naaa? Tapi nasib beliau rilek so perasaan sedih tu hilang terus la. haha! *actually disamping sedih barang tu hilang, sedih sebab takut kena marah*


So bila semalam akak tu call and cakap jam dia simpan, punyalah tak tau nak describe perasaan macam mana. Alhamdulillah. Sebab kakak-kakak kat sini semua cakap barang yang hilang kat surau memang tak pernah jumpa balik. I am lucky. Syukur.

Kesimpulannya kat sini adalah... jam tu masih memerlukan I untuk menjadi tuannya.. Yeah bebeh!!!!

p/s : so incik, kalau nak beli jam lagi, beli yang macam lain ok? tak perlu sama exact sebab I dah jumpa dah jam tu..hahaha.. =b

p/s/s : ini malam balik kampung~~~ yeeehaaaaaa!!!!!!!!



Monday, June 11, 2012

ElevenofJunetwothousandandtwelve.

Bismillahirrahmanirrahim..

Happy working people! *seronoknya cuti. haha*

Dah 11th June 2012. Dah 16 hari nikah. Dah 6 hari duduk bawah satu bumbung tanpa keluarga disisi. Rutin harian pun dah berubah. Kalau dulu makan apa yang ada, buat apa yang suka. But now, everything needs to include him as well.

Selama tiga hari kerja, rutin tetap sama. Bangun pagi buat breakfast, both of us off to work, balik kerja prepare untuk masak, lepas maghrib makan then baru boleh rest. Weekends doing house chores, konon. *Oh and NO, I'm not complaining*

Sebenarnya perasaan sangatlah different. Rasa enjoy sebenarnya boleh buat semua tu. *Since I memang suka masak. Before this I've no purpose of cooking. Bukan ada orang makan sangat. Norul Husna pulak kerja shift dulu. Tak menentu.*

....................................................................................... 


Ok lah..tiba2 hilang idea. sakit kepala nak tidoq. 


p/s : Satg nak p Sabah. Semoga segalanya selamat.
p/s/s : Semoga ayah ngan mak cepat sembuh. Amin.
p/s/s/s : Thanks bapak ngan mak untuk duit berhoneymoon itu.. hehe.. =b


**Alhamdulillah, keluarga dah bertambah.**

OK mari melihat 2 3 kerat piccas yang di cedok dari pelbagai sumber.. haha.

Nikah at Masjid Bayan Baru
credit to : Erin (Khairunnisa Hasnol)
Majlis Penang at Taman Sri Nibong
credit to : Tam (Azura Abu Bakar)

Outdoor Penang at Church Street (one of my fav photo)
credit to : Man (Rahman Aziz)
Majlis Perlis at Simpang Empat
credit to : Wan (Wan Fasihah)

*Masih mencompile gambaq untuk di ceritakan nanti.*
**Sila abaikan baju kahwin saya yang ala2 meleret-larat itu. haha. Bila lagi nak melaram kalau bukan time kahwin kan?? haha*



Friday, June 1, 2012

first of june two thousand and twelve.

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah dah 5 hari menjadi isteri orang. So people will ask apa perasaan? Setakat ni masih rasa biasa ja. Mungkin separuh besar perasaan lega, selebihnya tak rasa apa2. *Am I being normal?*

Sebenarnya perasaan yang paling terlekat kat hati is perasaan terhutang budi tak terhingga kat semua orang yang betul2 membantu all out untuk wedding aku. Especially mak ngan bapak. I am so proud being your daughter, gila dasyat energy Allah kurniakan kat mak ngan bapak. They manage to do everything alone! I terharu jugak dengan abang2 ngan kakak2 yang banyak sangat membantu. Oh haa, kak ngan abg jamal, selamat pengantin baru!

Later on when I dah dapat semua gambaq, I'll update segalanya tentang wedding. *kalaulah ada masa*


So kenangan apa yang paling tersisa kat hati??

Berphotoshoot dengan Rahman Aziz, and team Rhemia studio (Hafiz & the gang). Seriously mereka sangatlah dedicated, bersungguh and best. Sampai kami (minda & pali) pulak yang risau teruk2 kat depa ni. Hala, buat kerja sampai tak ingat nak makan apa semua. Yang sorang bini dok sarat. Yang sorang kehulu-kehilir pegang kamera berbatang (takto la terms apa), yang sorang setup kamera galah panjang tu (takto la jugak apa nama).


Alhamdulillah sebab Allah kurniakan orang yang baik2 dan iklas membantu selama perjalanan majlis berlangsung.
Alhamdulillah sebab Allah kurniakan kawan2 yang awesome selama ni.
Alhamdulillah sebab Allah kurniakan cuaca yang elok selama majlis berlangsung.
Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segalanya.


p/s : Saya tetap adalah your little daughter sampai forever. And I love both of you sampai mati. Lillahitaala.
p/s/s : Terima kasih untuk semua yang datang, and yang mendoakan kebahagiaan kami. InsyaAllah segala doa itu it goes back to each one of u. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.