Friday, March 9, 2012

j.u.m.a.a.t

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat berjumaat. Melepak didalam cabin di site sangatlah membosankan. Kehidupan jugak berada pada gradient negative. Senang cerita, kehidupan tidak stabil. Titik.

Mungkin penat bekerja. Bangun pukul 5.30am setiap hari demi sesuap nasik. Haha! Sebenarnya kehidupan sangat stress. Kerja, master, kahwin. Macam milo 3 in 1. These 3 big things I have to cope tanpa belas kasihan.

Kahwin? Hmm, boleh tak nak bagitau yang kami tak sempat membuat preparation untuk perkara yang penting lagi? Surat permohonan nikah pun tak settle, HIV test, kad kahwin, baju, hantaran. Hanya catering ngan goodies ja yang dah settle tu pun hasil bantuan mak. Banyak benda menyerabutkan.

Life transition. Kahwin ni macam you risk your life untuk jadi lifetime partner for your husband/wife. You don't know whether the boat that you are in, is in a good condition or not. Kalau bagus, bahagia. Kalau tak bagus, sakit sikit. Orang tua2 cakap dah duduk serumah baru kenal hati budi masing2. =)

I am excited untuk kahwin but at the same time saya sangat takut. Banyak sangat 'what if' yang merewang kat otak. Mood preparation pun melayang. Cuak. That's all I can say.


71 days to go. We have to stay put. Time macam ni memang banyak benda akan menambahkan stress. InsyaAllah lepas tu semua dah settle. Mudah2an...

p/s : Malas nak fikir sebenarnya. Just go with the flow. Semoga Allah guides us to the right path. Jalan yang diberkati. Amin.

p/s/s : Tadi konkrit jatuh atas contractor, beliau masih koma. Semoga cepat sembuh. -_-"

0 comments: