Tuesday, October 23, 2012

Happy 7th Zulhijjah, Happy Tuesday..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum...


I am as free as usual. *sigh. Kinda bored*. Life is getting better. Alhamdulillah. Financial wise, well so-so, but I'm blessed. It's quite tough surviving for the past few months but we're getting used to all of these. *Taking baby steps to build a family & career.*

Actually this thoughts begin when spending times on KTMB website searching for train's tickets for this coming Eid al-adha. It end up with login to an old KTMB account, with a very very old email address and username. Haha! I immediately laughed out loud when I saw the name that I had used to sign up this account. Mohd Shukri Salem. *Since it's all history, I guess it's ok for me to blog.* Oh and don't get me wrong. I laughed because of my stupidity.

To those who know him, can you spot anything? Yes. It's his father's name. Salem. I am truly sorry. Honestly from my deepest heart. I am truly sorry for mistakenly spelling your father's name. It is Salim not Salem. We've always had a super big fight when it comes to spelling his father's name. I don't know why it's hard for me to remember that very simple thing. *How can you say you love someone when you can't even remember that basic thing about them? Silly me*

Let's recall back all the memories. Since primary school, secondary school, matriculation, university, work places, I admit that I've been such a badass. Seriously. I've had never be good to anybody. I am selfish, I never, ever will accept NO in my life, I hate of rejection, I will never share anything I love/like with others, I love winning, and a vindictive badass. I will do what ever it takes to own something. Enough said.

But as time passed, Allah has put me into this great journey of finding my true self, meeting great peoples that had changed me into someone way more better than I used to be.

Honestly from the bottom of my heart, I am trully sorry for all the mistakes that I've done, to have had hurt anyone of you in so many ways, demi Allah saya adalah sangat menyesal. If only I could turn back time.

I used to be a bad daughter and sister.
I used to be a bad friend.
I used to be a bad GF.
I took advantage on you, you and you.
I took things for granted.
On all the goodness that you've gave me.
For that I apologize.

I am learning and continue learning to be a better Muslim, daughter, sister and wife. To those who I did owe you anything, please do let me know. If not, tolong halalkan semua dunia akhirat. =)

To Love, thank you so much for every single thing, for being a super great husband, for being a super best friend, for always be there for me. For never be bored.

Sometimes it's true, Allah take away our sunshine just because He wants to grant us a beautiful rainbow.

I've found my beautiful and amazing rainbow. I'm blessed....

Happy becoming Eid al-Adha. May Allah bless us in so many ways. Amin

p/s : I'm too old to keep grudge, enemies or anything. I do forgive all of you. Demi Allah, saya halalkan semua benda, dunia akhirat.

Friday, September 28, 2012

twentyeightofseptembertwothousandandtwelve

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum Penghulu Hari..
Assalammualaikum Semua..


Seperti hari2 biasa, menghabiskan sisa2 waktu di Toshiba tanpa berbuat apa2. Makan gaji buta bulan2 kecuali beberapa hari sebulan yang teramat sangatlah busy sampai terpaksa berOT. Sebenarnya kerja amatlah banyak. By monday kena siap. Well, Friday kan memang selalu mood kelaut. Jadi sambil tunggu masa untuk pulang, mari merapu disini.

Life so far so good. Dah kahwin tapi feeling2 baru bercinta. I love this feelings. Orang cakap nanti dah kahwin semua akan different. Which kadang2 might be true sebab dah doplohpatjam mengadap muka, tang mana nak pretend lagi. Alhamdulillah, we complete each other. Sekarang ni tengah sesi menstabilkan ekonomi. Jimat sana jimat sini. Baru nak bina hidup la kiranya. Pelan2 kayuh.. Semoga usaha kami diberkati..

Hidup ni kalau tadak cabaran tak feel la. Kalau graph kehidupan ni asyik berkadar terus dengan keseronokkan tu adalah sesuatu yang membimbangkan. Setiap kali ada dugaan yang wujud, the bonding between my husband and I will be stronger. Therefore kalau graph asyik directly proportional between time and happiness,  kemungkinan besar bonding will be inversely proportional with time. Apa aku merepek ni? Abaikan.

Semalam doctor ambil darah berikutan demam berpanjangan. Konon berangan la nak kena admit & boleh rest kat hospital, tapi al-maklumlah hospital kerajaan, susah la sikit. Sekarang ni pun demam masih di paras on off, running nose and headache. Kepala jugak ada itu pusing2 seperti lalat kepeningan. Result darah dah keluar. Saya tak mengidap denggi. Sekian. Cuma kata doktor darah saya pekat dan harus minum air yang banyak. Darah pekat boleh lead to sakit jantung. Oh mak! No wonder kadang2 rasa tak boleh nafas *uih, dan dan laaaaaaaaaa*

Lately kerap sangat MC. Sampai naik segan ngan bos kecik yang maha baik tu. Bila time2 demam ni, mula la nak rindu the good old days in Malacca. *sigh.

Sebenarnya kadang2 saya rasa yang saya dah salah ambik path. Saya memang tak sesuai jadi Engineer. Saya salah ambik course. Gila kan? Dah tak boleh nak turn back time. Sadly but true.
Apa kau merapu ni Minda?


Dah 4.06pm. Nak melepak di surau demi menghabiskan masa pulak. Daaa.

p/s : Baru terperasan yang kat wishlist sebelah tadak langsung baby tersenarai dalam list. Alamak sudah terlupa. Sebenarnya saya mengimpikan anak yang ramai. Ramai mana? Haa. Paling sikit 4 orang maybe? Amboih hang Minda. Sakan noo? Nak dapat sorang pun berjenuh tau.



Friday, August 31, 2012

Happy Merdeka.

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Happy Merdeka. *merdeka kah kita?? tepuk dada tanya sendiri*
Badan makin menggemuk gara-gara raya. Actually before raya pun dah gemuk dah. Sejak lepas kahwin, berat maintain 62kg takmau turun. -_-" Ergghhh~~~

Well, dah hampir seminggu kami menghabiskan masa malam kami kat rumah anak yatim putra perdana ni. Punya la lama stay sini, baru hari tu tersedar kewujudan rumah ni.

Subhanallah. Spending time there, with them, taught me on how to value life. You don't have to be perfect to be happy. Days, rasa sayang kat budak2 tu membuak-buak. Balik rumah ja dah rindu balik.

There's something bout them yang membuatkan aku sendiri jadi malu. Complaining bout how pathetic my life had been, aku memang kalah teruk la ngan depa ni. They just enjoying every bit moment they have. Macam takde kekurangan pun.

Aiman. Hmm.. Macam mana nak describe pasal Aiman eyh? Antara semua budak kat situ, seriously, aku paling rindu kat Aiman. Dia manja, sensitif, nakal, cerdik. Rasa close sangat ngan dia *walaupun dia tak heran pun kat aku. haha*

Dengan budak lain pun aku rapat. Semua cerdik2. Memang Allah kurniakan kelebihan kat budak2 ni, sebab kekurangan yang Allah dah tarik kat depa.

Haih~ rindu plak kat semua.. -_-"

Semua ada 50 org. Bayangkanla kalau sekali datang memang tak menang tangan la nak melayan. Hingaq satu asrama tu. Yang suka mengusik, yang pantang kena usik, yang rajin belajar, yang main2, yang buat best, semua la ada. Macam ada racun, macam ada penawar. Ya Allah tenang betoi la tengok muka depa ni..

Haaa, aku ngan husna buat apa kat sana??
Kami volunteer nak tolong ajar budak2 ni buat homework. Ajar maths, science, english. Ajar buat facebook pun ada gak..haha..So far alhamdulillah dorang memang jenis nak blajaq, so senang la sampai tak cukup tangan. Kadang-kadang kalau pak harimau balik awal, beliau pun kena angkut skali jadi cikgu tak berlesen kat sana. =b

Nanti nak try godek2 tengok details pasal tempat ni. Nanti iolls share, kot2 la sapa2 nak menolong seiklas hati. Bleh la kita sama2 tolong. =)



Sunday, July 29, 2012

Resepi : Ayam Golek Merepek

Bismillahirrahmanirrahim... (baca doa makan seksiap)

Sejak dapat oven hasil hadiah kahwin dari Maybank (ehem2..makasih naa~~), mula la bergiat aktif baking macam2 makanan. Cik husna beria beli sekoq ayam tanpa dipotong semata2 nak test oven golek2 ni. Jadi demi tidak menghampakan beliau, terkeluarlah resepi ayam golek yang merepek dikala malam hari. 


golek2..abaikan lelehan dibawah oven

Bahan-bahan Perap Ayam :
1) Cili - ikot tahap kepedasan yang mau.
2) Bawang Putih - 1 bulat tu..(taktau la orang panggey apa. yang tak payah cerai2 dia tu)
3) Bawang Merah (kecil) - 4 ulas (ni pun ikot la nak guna bawang jenis apa)
4) Tomato - 1 biji
5) Black Pepper - sesedap rasa
6) Gula - sesedap rasa
7) Garam - sesedap rasa
8) Sedikit perahan Jus Lemon (ala2 masterchef)
9) Sos Tiram - 1 sudu kecik (kot)
10) Seekor ayam bersaiz sederhana. Jangan dipotong. buang segala isi perut sudey~

Bahan-bahan Sos :
1) Bawang Putih - 3 ulas
2) Whipping cream - (yang dalam kotak tu, bukan botol tu) Setengah kotak kecik tu
3) Cheese - sikit
4) Air - ikot sesedap hati
5) Garam - sesedap rasa
6) Black Pepper - sesedap rasa
7) Butter untuk goreng bahan sos


Cara memasak :
1) Blend kan semua bahan-bahan perap ayam tu. (Ayam jangan blend skali la~ =b)
2) Sapu kat badan ayam tu sampai rata, masukkan kat celah2 dalam badan ayam tu.
3) Tutup and simpan dalam fridge/kat luaq dalam sejam or more (lagi lama lagi sedap, bahan tu meresap~)
4) Dah siap, panggang la ayam iteww~ seperti dibawah.


kuek kuek kuek~ saya dipanggang~~~
Rupa ayam lepas siap panggang
Cara memasak sos :
1) Tumbuk bawang putih sampai halus/ada teksture sikit. Lepas tu goreng dengan butter guna api kecik. Sampai keluaq bau wangi.
2) Masukkan air ngan black pepper. Bagi mendidih sikit, jangan didih banyak. 
3) Masukkan whipping cream ngan cheese. (actually kalau takdak cheese pun takpa. sebab whipping cream tu pun dah cukup.)
4) Masak secukup rasa sampai dia macam creamy. Kalau ada oregano letak sikit. pun sedap. 

p/s : sos ni jugak leh buat sos untuk mashed potatoes kita. Kot2 la extra rajin nak buat.


Tadaaa~ hidangkan makanan anda. 
p/s : Lebihan perap ayam tadi, kalau nak buat sos pun boleh. Letak butter sikit, masak sos tu sampai jadi macam likat sikit. pastu sedap gak nak cicah ngan ayam.

Konon rajin letak la sayuran dan mashed potatoes


Siap sudey~ (adohai, lapaq la plak!)


Sekian. Makanan candlelight yang tiada candle hanyalah light.. 
Kalau sapa yang tadak oven or tempat golek2, bleh jugak guna dapur gas ja nak masak ayam ni. 


p/s: ok Norul Husna Kholiah. I dah update. hahahaha =b 
p/s/s : cik Husna & incik Fadzli kata ayam ni rasa macam nandos~ (ceq kembang hidung luaih-luaih~)


oihhhh~~~ baru pukoi 1pm...waaaaaa~~ hahahahha


Friday, July 6, 2012

Just my dua kupang

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebenaqnya life ni Allah dah plan elok dah sangat untuk kita semua. Apa yang Dia bagi semuanya ujian. Kalau Dia bagi sakit, tu ujian nak tengok hang sabaq takat mana. Kalau Dia bagi senang, tu nak tengok hang bersyukur ka tak dengan nikmat Allah tu.

Tapi kan, maknusia ni, depa takbur. Kufur nikmat yang Allah bagi tu. (bercakap untuk diri sendiri)
Dan dengan teknologi yang dok ada ni, lagi la senang kita nak muntahkan ketakburan dan keriakkan kita ni. (well, memang kita tak rasa or tadak niat nak riak, but somehow think again! what is the purpose of you doing this and that?)

Facebook, twitter, blog, myspace, friendster, dan macam2 lagi la medium untuk kita meluahkan rasa segalanya. Seronok, sedih, bersyukur. Tak kata benda ni tak bagoih. Ada bagoihnya medium yang macam ni boleh la kita berkongsi ilmu agama dan benda2 bermanfaat selain generate income.


"Thank you so much hubby kerana membelikan I bag Gucci yang paling mahal kat dunia ni, I love you so much".

"Thank you so much wifey sebab masakkan I makanan kegemaran I setelah sekian lama I berlapar. You are the best"

"Sayang, bakal mak mertua U beriya-riya menjahit baju untuk pertunangan kita yang akan berlangsung tak lama lagi. I is so happy sayang. Thank you mother" - sambil post ke page si bakal tunang.


Ni la contoh2 yang sikit yang aku dok tengok kat Facebook ngan Twitter ni. Don't you know the meaning of privacy? Abeh dah kalau semua benda nak cerita kat dunia, what else left between both of you, partner?

Yang si husband and wife tu, can't you just hug your husband/wife, kiss2 apa patut buat la apa patut and thanks her/him for everything yang dia dah buat instead of announcing it kat Facebook or Twitter. What's the point people??? Kalau tak riak, dah tu apa? Saja buat macam tu sebab husband/wife takdak handphone/long distance relationship, so nak cakap in private tak boleh. Ok fine. Don't you know that muka buku tu ada private message and si burung biru itu punya direct message????

Cerita dia la ni. Rimaih teruk2 sebab semua benda habih nak cerita kat dunia ni. Benda personal macam tu. Aku tumpang kesian. Haa, ngan aku2 sekali tumpang meroyan.

Takdak boyfriend, meroyan,
Dah ada boyfriend, meroyan jugak,
Tak bertunang, meroyan,
Dah nak bertunang pun meroyan jugak,
Esok nak kahwin pun meroyan,
Jangan nanti dok tengah make love pun meroyan cerita posisi apa hampa dok buat dah la.
Aku sepak muka tu laju2 baru ada akai!


Sekian.

"There is no reason for people to show how happy there are. They can let the world know without even saying anything"


Orang tua-tua cakap, yang dok sebok kata depa happy tu la maknusia paling looooseerrr kat dunia ni. Kalau betoi2 happy, solat, sujud kesyukuran, sembah la Allah. Sebab sekelip mata saja dia boleh tarik balik semua benda.



p/s : Apa pulak perasaan orang lain yang tak punya apa yang ampa ada, then baca semua benda and rasa sedih/rendah diri or what so ever?? Tak kesian ka?? Alhamdulillah jodoh anda dah sampai, tapi for those yang tak sampai jodoh lagi, baca semua benda, deep inside tercuit jugak rasa sedih. Can't you see? Jadilah manusia biasa yang tahu berserdehana.


Friday, June 29, 2012

Jam itu masih milikku~~~

Alhamdulillah..
Title tak boleh blah...haha!
So peringatan untuk diri sendiri dan semua orang adalah, sila jaga barang-barang yang berharga dan disayangi itu rapat-rapat agar kejadian hilang menghilang tidak berlaku.

Al-kisahnya apabila kehilangan jam itu semalam, saya melakukan tindakan drastik dengan menulis notis keliling surau dan menghantar e-mail supaya sesiapa yang menjumpai jam itu pulangkan dan tempek gambaq jam tu kat notis & email tu. Kira semalam glamor habis la bila semua orang asyik tegur tanya soalan yang sama "dah jupe jam? tapi kalau Fossil tu memang Innalillah la jawabnya minda". Redha. Memang redha, tapi kat hujung hati itu ada setitik harapan semoga ada orang yang baik hati pulangkan.

Jam


Redha kat Allah, dan berdoa, dan teringat satu doa supaya orang yang ambil barang milik kita supaya pulangkan. Surah al-Hasyr, ayat 18.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."


Tapi tu la, bila doa tu memang dah redha habis, serah kat Allah kalau ada rezeki, ada la. Nak buat macam mana. Masalahnya Incik Fadzli ni pulak kaki rilek. "takpala, nanti kita beli lain jam tu". Amboih sakan! serupa gaji seploh ribu sebulan naaa? Tapi nasib beliau rilek so perasaan sedih tu hilang terus la. haha! *actually disamping sedih barang tu hilang, sedih sebab takut kena marah*


So bila semalam akak tu call and cakap jam dia simpan, punyalah tak tau nak describe perasaan macam mana. Alhamdulillah. Sebab kakak-kakak kat sini semua cakap barang yang hilang kat surau memang tak pernah jumpa balik. I am lucky. Syukur.

Kesimpulannya kat sini adalah... jam tu masih memerlukan I untuk menjadi tuannya.. Yeah bebeh!!!!

p/s : so incik, kalau nak beli jam lagi, beli yang macam lain ok? tak perlu sama exact sebab I dah jumpa dah jam tu..hahaha.. =b

p/s/s : ini malam balik kampung~~~ yeeehaaaaaa!!!!!!!!



Monday, June 11, 2012

ElevenofJunetwothousandandtwelve.

Bismillahirrahmanirrahim..

Happy working people! *seronoknya cuti. haha*

Dah 11th June 2012. Dah 16 hari nikah. Dah 6 hari duduk bawah satu bumbung tanpa keluarga disisi. Rutin harian pun dah berubah. Kalau dulu makan apa yang ada, buat apa yang suka. But now, everything needs to include him as well.

Selama tiga hari kerja, rutin tetap sama. Bangun pagi buat breakfast, both of us off to work, balik kerja prepare untuk masak, lepas maghrib makan then baru boleh rest. Weekends doing house chores, konon. *Oh and NO, I'm not complaining*

Sebenarnya perasaan sangatlah different. Rasa enjoy sebenarnya boleh buat semua tu. *Since I memang suka masak. Before this I've no purpose of cooking. Bukan ada orang makan sangat. Norul Husna pulak kerja shift dulu. Tak menentu.*

....................................................................................... 


Ok lah..tiba2 hilang idea. sakit kepala nak tidoq. 


p/s : Satg nak p Sabah. Semoga segalanya selamat.
p/s/s : Semoga ayah ngan mak cepat sembuh. Amin.
p/s/s/s : Thanks bapak ngan mak untuk duit berhoneymoon itu.. hehe.. =b


**Alhamdulillah, keluarga dah bertambah.**

OK mari melihat 2 3 kerat piccas yang di cedok dari pelbagai sumber.. haha.

Nikah at Masjid Bayan Baru
credit to : Erin (Khairunnisa Hasnol)
Majlis Penang at Taman Sri Nibong
credit to : Tam (Azura Abu Bakar)

Outdoor Penang at Church Street (one of my fav photo)
credit to : Man (Rahman Aziz)
Majlis Perlis at Simpang Empat
credit to : Wan (Wan Fasihah)

*Masih mencompile gambaq untuk di ceritakan nanti.*
**Sila abaikan baju kahwin saya yang ala2 meleret-larat itu. haha. Bila lagi nak melaram kalau bukan time kahwin kan?? haha*



Friday, June 1, 2012

first of june two thousand and twelve.

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah dah 5 hari menjadi isteri orang. So people will ask apa perasaan? Setakat ni masih rasa biasa ja. Mungkin separuh besar perasaan lega, selebihnya tak rasa apa2. *Am I being normal?*

Sebenarnya perasaan yang paling terlekat kat hati is perasaan terhutang budi tak terhingga kat semua orang yang betul2 membantu all out untuk wedding aku. Especially mak ngan bapak. I am so proud being your daughter, gila dasyat energy Allah kurniakan kat mak ngan bapak. They manage to do everything alone! I terharu jugak dengan abang2 ngan kakak2 yang banyak sangat membantu. Oh haa, kak ngan abg jamal, selamat pengantin baru!

Later on when I dah dapat semua gambaq, I'll update segalanya tentang wedding. *kalaulah ada masa*


So kenangan apa yang paling tersisa kat hati??

Berphotoshoot dengan Rahman Aziz, and team Rhemia studio (Hafiz & the gang). Seriously mereka sangatlah dedicated, bersungguh and best. Sampai kami (minda & pali) pulak yang risau teruk2 kat depa ni. Hala, buat kerja sampai tak ingat nak makan apa semua. Yang sorang bini dok sarat. Yang sorang kehulu-kehilir pegang kamera berbatang (takto la terms apa), yang sorang setup kamera galah panjang tu (takto la jugak apa nama).


Alhamdulillah sebab Allah kurniakan orang yang baik2 dan iklas membantu selama perjalanan majlis berlangsung.
Alhamdulillah sebab Allah kurniakan kawan2 yang awesome selama ni.
Alhamdulillah sebab Allah kurniakan cuaca yang elok selama majlis berlangsung.
Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segalanya.


p/s : Saya tetap adalah your little daughter sampai forever. And I love both of you sampai mati. Lillahitaala.
p/s/s : Terima kasih untuk semua yang datang, and yang mendoakan kebahagiaan kami. InsyaAllah segala doa itu it goes back to each one of u. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.



Wednesday, May 16, 2012

Got plenty of freetime and I decide to write this

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum w.b.t.

It's been a while since my last post. Kehidupan huru-hara beberapa ketika. Alhamdulillah sekarang dah jadi pekerja tetap Toshiba Electronics Malaysia Sdn. Bhd. (Setelah beberapa kali tukar pekerjaan selama sebulan itu)

Lagi 10 hari saya akan bertukar status. No longer 'Single' when applying for anything. Marital Status : Married. Sungguh besar terasa berat perkataan itu. I can't tell whether I'm excited/scared/sad/ or anything. Perasaan bercampur baur.

Ok here we are.. Another 10 days.. *Enjoying every bit of single-moment currently*
Semua almost settle. Alhamdulillah. Cuma disebabkan bertukar tempat kerja, I tak dapat ambil cuti untuk kahwin since I have to cuti untuk pergi Sabah (sebab dah bayar semua expenses)

So here's the plan...

Friday (25/5/2012)
22:00 - Depart from KL

Saturday (26/5/2012)
2:00 - ETA at Penang. Home Sweet Home.
6:30 - Bersiap
8:00 - Make up
9:30 - ETA at Masjid Bayan Baru
10:00 - Nikah
11:00 - Batal Air Sembahyang kat rumah
12:00 - End
14:00 - Outdoor (konon pre-wed)

Sunday (27/5/2012)
6:30 - Table arrangement, canopy segalanya
11:30 - Bersiap
12:00 - Make up
13:30 - Arrival
22:00 - Back to KL

Ya Allah, penatnya, semoga aku diberi energy yang cukup~~ waaa...*takmo bebai takmo bebai takmo bebai*

Below are the lists..

Official Bridesmaid : Norul Husna Kholiah
Official Photographer : Rahman Aziz
Official Videographer : Rhemia Studio
Official Bridal : Butik Pengantin Idaman Anggun
Make Up Nikah : Aina Shafirah Azanan
Make Up Penang : Kak Aida
Make Up Perlis : Butik Pengantin Idaman Anggun
Fashion Advisor : Nur Ayuni & Aina Shafirah


Something happened last night. Segala aura negative telah menyelumbungi badan.
What ever it is. It's my wedding and I get to decide what ever I want. Titik.

Sekian.

*the bridezilla going to be released soooon. But I hope it will remain there. Please don't be!*


Friday, March 23, 2012

Anentryfrommetoyou

Bismillahirrahmanirrahim...

This will be a so-called romantic-but-not-so-romantic post from a soon-to-be a lovely wife of yours.. *wink wink*

Thank you so much for always be there for me, for never give up on me, for always have faith....

Every now and then I thank God for letting me to have you. You are the answer of my prayers. You are the reason why it never works with others.

I adore every single inch of you. The way you talk, act, and think. Sometimes I wonder, from which planet were you from, you never lose your temper. Haha. Seriously, you never raise your voice, nor change your tones. Some people with those sarcastic tones. But none of them I found in you.

I adore how you always remain calm. You think before you act. It shows how matured you are when facing problems.

I adore how you respect me as your girl. I adore how you look at me. The feelings, I can't describe. No one had ever look at me the way you do. I hope it will remain the same even after 20 years of our marriage.

I adore how you always try your best for us. It amazed me.

I used to adore Landon Carter in A Walk to Remember. *my favorite movie since forever*

Some people would say that such guy is not real. I used to say that too.

But now that I've found my Landon Carter.. I believe that that might be actually a good person out there for each of us. And I've found mine. Thank you so much for being mine. Thank you Allah. Alhamdulillah.

P/s : 66 days left. And I am forever yours till Jannah. InsyaAllah.


Songs : A Thousand Years...

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 15, 2012

Khamislimabelasmarchtwothousandandtwelve.

Bismillahirrahmanirrahim..

These past few days merupakan hari yang sangat stress. Deep inside me macam nak meletup. I believed it must be the effects of perubahan hormon tiap2 bulan. Mak ngan bapak melawat anak bongsu dia yang kononnya demam teruk. Tu salah satu alasan. Actually mak sibuk nak berSOGO since aku ngan Husna menghasut kata SOGO selalunya sale.

We went there yesterday and nasib baik la ada sale. *Phew* If not memang kena berleter 10 keturunan dengan mak miah.

Well, semalam semangat tekun bekerja menerpa. Actually I dah jatuh cinta dengan kerja ni walaupun I'm the only girl  woman here, mula2 tu memanglah sangat stress Allah saja yang tau. Just imagine you jalan nak masuk site, and berpuluh lelaki kat dalam site tu just stare at you as if you're walking in there naked! *Imagine please!* Walaupun I dah dress up habis lelaki, habis berlapis2 baju pakai, that feelings tu still ada. Pandangan mata pekerja kat situ macam...tak tau nak describe.

Tapi lama2 tu keyakinan diri dah ada. Chewah konon! No actually I have to la kan? If not kerja tak siap, gaji tak dapat, impian hanya tinggal kenangan. -_-"


..........................

Kakak cakap dia ingat life aku sangat best. Semua yang aku nak, aku dapat. Now only she knw yang betapa strugglenya adik dia yang sorang ni untuk dapat apa yang dia dapat. I don't blame you la kakak. Semua orang ingat benda yang sama. A smile on a person's face doesn't mean that she/he is happy. Buat apa nak berteruk-teruk tunjuk kita bermasalah? Would it give any benefit? Solution? Takkan? So let it be. Agak2 dah stress sangat2. Ambil Quran, baca. *dah lama tak membaca since berpindah kerumah baru*


Oh yeah~ saya dan Husna sekali lagi telah berpindah untuk ke-4 kalinya selama setahun ini. Haha. Terima kasih buat semua yang membantu. InsyaAllah ini akan menjadi yang terakhir. Haha. Sekarang ni kami pindah kat landed house. Sebagai preparation untuk saya berumah tangga nanti. Kononnya rumah lama dekat dengan pencawang elektrik. Takut effect baby la KONONNYA~~~ Haha!

Kronologi Pemindahan.

March 2011 - Shah Alam
June 2011 - Puchong Perdana
August 2011 - Puchong Tekali
March 2012 - Puchong Perdana.

Haha. Makanya, sila lah mendarab RM 300 dengan jumlah pemindahan bagi pembayaran penalty Unifi. Teeetttt~~~~


p/s : Don't hate me cause I'm beautiful... =b *pingsan. haha!*

Friday, March 9, 2012

j.u.m.a.a.t

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat berjumaat. Melepak didalam cabin di site sangatlah membosankan. Kehidupan jugak berada pada gradient negative. Senang cerita, kehidupan tidak stabil. Titik.

Mungkin penat bekerja. Bangun pukul 5.30am setiap hari demi sesuap nasik. Haha! Sebenarnya kehidupan sangat stress. Kerja, master, kahwin. Macam milo 3 in 1. These 3 big things I have to cope tanpa belas kasihan.

Kahwin? Hmm, boleh tak nak bagitau yang kami tak sempat membuat preparation untuk perkara yang penting lagi? Surat permohonan nikah pun tak settle, HIV test, kad kahwin, baju, hantaran. Hanya catering ngan goodies ja yang dah settle tu pun hasil bantuan mak. Banyak benda menyerabutkan.

Life transition. Kahwin ni macam you risk your life untuk jadi lifetime partner for your husband/wife. You don't know whether the boat that you are in, is in a good condition or not. Kalau bagus, bahagia. Kalau tak bagus, sakit sikit. Orang tua2 cakap dah duduk serumah baru kenal hati budi masing2. =)

I am excited untuk kahwin but at the same time saya sangat takut. Banyak sangat 'what if' yang merewang kat otak. Mood preparation pun melayang. Cuak. That's all I can say.


71 days to go. We have to stay put. Time macam ni memang banyak benda akan menambahkan stress. InsyaAllah lepas tu semua dah settle. Mudah2an...

p/s : Malas nak fikir sebenarnya. Just go with the flow. Semoga Allah guides us to the right path. Jalan yang diberkati. Amin.

p/s/s : Tadi konkrit jatuh atas contractor, beliau masih koma. Semoga cepat sembuh. -_-"

Friday, March 2, 2012

Hari ini hari Jumaat

Bismillahirahmanirrahim... Hari jumaat yang agak kelam kabut. Hari kedua sebagai projek engineer. Ok sangatlah penat. Berulang alik ke site yang maha jauh. Oh, saya sudah bergelar engineer kembali. Project engineer yang memerlukan keperahan otak untuk menggunakan AutoCAD kembali setelah bertahun ditinggalkan. Phew! Ya.. saya sudah bekerja setelah setahun menjadi penganggur tegar. Dah tu master macam mana? Ohhh.. Master seperti biasa. Masih berjalan. Tengah buat thesis yang maha tebal. Suppose to submit by June remember? *if only i could laaaaa* Saya nak kerja. Saya perlu kerja. Kenapa? I tak pasti yang kerajaan masih stabil untuk memberi offer yang baik untuk rakyat dia. Mungkin ada, depends on rezeki masing-masing. Bergaul dengan para lecturer, i got lots of info. How kerajaan sekarang ketandusan duit. Haha. Even master pun tak menjaminkan apa-apa. Unless you've got your PHD. Ok dah, nanti kena cekup masuk lokap. =b Sebenarnya mata saya dikaburi. I dont know whether i will get the same offer as what i got right now. Lagipun boleh la nak saving sikit untuk honeymoon nanti. Haha! *ok tu point yang sebenarnya* Jadi saya pun accept the offer and bekerja. Tadaaa! Sebenarnya kat computer tak install AutoCAD lagi. So i am damn bored. Ok la bai! P/s : esok Eaty akan menukar status kepada Puan Eaty. All the best girlfriend!!

Wednesday, February 29, 2012

Suka suki di malam hari

Bismillahirahmanirrahim...

It's been a while since my last update. Too busy with studies, preparations, dan yang paling sibuk adalah berulang-alik Penang-KL untuk uruskan hal bapak. Oh, bapak was admitted and undergone a minor surgery. First time in my life faced with this situation yang seriously membuatkan keserabutan.

Not a good start for 2012. Banyak benda yang jadi. Benda yang buat aku terfikir. Benda yang buat aku belajar about life.

"Tak semua yang kau rancang akan berlaku, mungkin nasib tak menyebelahi aku" - penakut, Yuna.

Kita kan hanya mampu merancang.. Semua yang jadi ada hikmah.

Officially, aku dah tolak tawaran sambung belajar kat Oxford tu. Memang semua orang cakap rugi. Peluang sekali seumur hidup. Sapa takmo p? Suma dah plan cantik dah. 4 years kat sana, beranak pinak kat sana (ok berangan)..haha.. Kan? Bunyi sangatlah bahagia. But then, lots of things I need to consider. My parents, his parents, myself and beliau. Hmm, bak kata kak aishah, memang tak sempat nak balik pun kalau emergency apa2.. Doa dari jauh ja.. Ohhh sad sad..

Takpala, nanti dah kaya sikit, boleh berholiday kat sana. Apadahal. =p


.............................


Saya mendapat hadiah iPad jadi sajala nak menaip belog menggunakan iPad. Haha. Ok bai!


P/s : Ada org tu demam rindu letteww. Esok kita jumpa naaaa...
P/s/s : Saya dah kembali berRV...haha...gila la tak jadi kerja la Minda oi!!!

Oihh..banyak sungguh kawan rapat yang nak bertukar status..rosak la program diet iollss... -_-"


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, February 1, 2012

r.a.b.u

Assalammualaikum,

Mari mengupdate blog dikala keserabutan.
Sebenaqnya amatlah susah bila menjadi kononnya perfectionist yang tak berapa nak perfect dan tidaklah tegas kerana takut menyinggung perasaan orang. That is why all this while saya lebih suka menjadi lone ranger. Kerja sorang diri dan tak perlu mengharapkan orang lain. Tapi malangnya diri ini amatlah kerdil untuk membuat semuanya sendiri. *haha! sila diam Minda*

Dengan berakhirnya hari ini, maka tinggallah 115 hari lagi. Yes! Lambat lagi. Tapi mungkin tabiat seorang engineer untuk keep track dengan progress agar meet dateline. Jadi saya akan seperti menggesa agar segalanya memenuhi seperti kehendak. Ya Allah, saya teramatlah risau sebenaqnya.

Keserabutan bertambah bila terpaksa membahagi masa untuk dua event yang besar. Master dan wedding. Which one to prioritize?

Saya perlu siapkan thesis yang SubhanAllah agak tebal untuk disubmit June nanti manakala wedding pada hujung May.

Apa yang tak settle lagi?? Semestinya Thesis!! dan.....Baju untuk bertandang. Seriously saya teramat cerewet. Susah untuk berkenan something. And if saya berkenan something, that means that something tu mesti adalah sesuatu yang bagus. *Time ni la rindu nak jadi engineer balik since sesuatu yang bagus itu adalah sesuatu yang expensive*

Membeli barang hantaran contohnya. Boleh berdarah hidung tengok harga. Tapi untuk sesetengah benda haruslah dipejam mata sebelah, tarik nafas dalam-dalam, dan beli. *semakin menuju zero angka di dalam simpanan*

Talk about barang hantaran, hampir selesai, *wahh, laju kan? haha, sebab mana yang boleh settle, memang nak settle awal. I wish to avoid all the last minutes preparation yang maha menstresskan itu.*

Panasnya. Nak mandi sat. Ok bai!



Wednesday, January 25, 2012

wednesday

I am supposed to start writing my next conference paper. Thanks to pakcik google. He had provided all the information I need.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Centrepiece, designs, colour, errrrrr, wait! None of them related to my research. Oh ya, semuanya pasal DIY wedding stuff.. Teeetttttttt~~~~ *pingsan!*
Distracted betol!! 



OK bai.

p/s : today sepatutnya appointment dengan vet untuk vaccine.. :'(
p/s/s : Happy 2months old Bubu (24/11/2011 - 22/1/2012) - feels like you still around. =)

Monday, January 23, 2012

the.second.day.

Bismillahirahmanirrahim.
Assalammualaikum....

I try to make myself busy. Tapi apakan daya saya seorang student yang tiada pekerjaan tetap untuk membizikan diri. I am so deeply attached to Bubu sampaikan rasa macam kehilangan cinta pertama. Seriously can't stop blaming myself. Saya bukannya tak menerima takdir Allah. Tapi sepertinya segala kekuatan diri hilang bersama Bubu. I am so weak right now. Fragile. Taktau macam mana nak react. Malam tadi sekali lagi I breakdown and cried out loud. Astagfirullahalzim.

Bubu,
How should I describe her? Bubu tersangatlah baik dan bijak. Selama hidup aku yang selalu dikelilingi kucing, I never met kucing like Bubu. Bubu sangatlah cerdik. She took only half a day untuk belajar membuang dalam potty, belajar masuk her cage sendiri, tempat tidur sendiri. Her favorite place adalah atas riba, and belakang badan. Haha. Bubu paling tak suka bila orang tinggal dia sorang2. (but then, I tinggal dia untuk 'pergi' alone. Hmm).

I miss how she will stay kat dapur until I finished cooking. Tidur tersengguk2.
I miss how she will duduk kat kaki I time tengah basuh pinggan mangkuk.
I miss how she will main2 telekung while I solat.
I miss how she will duduk and tidur kat tepi sejadah masa mengaji.
I miss how she will terketar-ketar mintak makanan as if dah seminggu tak makan. Haha.
I miss the time where she will ikut kemana saja.
I miss bila Bubu pun sibuk nak tengok sapa yang ketuk pintu rumah.
I miss watching her sleep. Mengigau2.Tergaru-garu pipi. Melihat beliau tidur adalah sesuatu yang mengasyikkan.
I miss her smell.
I miss her sound.

Dah takdak sapa dah teman I buat thesis, article, google preparation kahwin.
Sibuk-sibuk kat file, buku, laptop.

Ya Allah. I truly miss everything about her.

It has been 2 days of sorrow morrow days for me and akak.
I never thought that I will feel the same pain again. *sigh.

p/s : I need my stabilizer. :'(

Sunday, January 22, 2012

Jangan Bersedih Wahai Hati.

Assalammualaikum,

It's been a pleasure for me and Akak to have you dear. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Alhamdulillah kerana meminjamkan Bubu walau untuk sekejap. I must admit. The moment she entered into our house, was the best moment of all. I've never been soo deeply hurt, heart-break and attached to something like this. Subhanallah. It feels like I've lost everything in my life. Perasaan yang sama ketika saya putus cinta dengan my so-called first love. Dada sesak. I barely breathe. I can't eat without having this feeling inside. Rasa nak muntah. I can't sleep. I can't do anything without thinking of her. Sesungguhnya she is not just a cat. She is our baby.

Yesterday, I must admit that I've acted as if tak ada iman dalam dada. I've cried out loud, in public. All the families were shocked. The engagement kenduri was supposed to be the most memorable happy moment untuk dikenang turned out to be the most saddest day in my life. I'm so sorry cousin. For ruining your day.

Mak and bapak freaking shocked! Bapak bought a Persian worth hundreds to cool me down. Hoping that by replacing Bubu will take away the pain in me. I'm sorry bapak. I can't have it. Biar abang yang jaga.

Betapa terketarnya tangan untuk mendial no telefon Akak, to tell her that our baby has gone. Ya Allah, I am so sorry for everything. This I admit. All the blame must goes to me.

Then, when I thought that my family semua dah tak berapa sayang kat I, I got hugged from mak, bapak, kakak, Najla. They've tried so hard to stop my tears. I got my little strength back. But to hear Akak's voice crying back there, I felt helpless. Kak, aku mintak maaf sangat2 kat hg. Kat Mija. I am truly sorry sebab tak jaga Bubu baik2.

3.30 pm. Time ni time Bubu mintak makanan. Terketar-ketar. Ya Allah. Tolonglah kuatkan hati hamba-hambaMu ini. Now I understand why lately I rasa tak sedap hati, sayup, sebak. Bubu sangat suka bila mengaji. She will sleep beside me during mengaji and wakes up once I finished. Sesungguhnya, Allah sayangkan beliau lebih dari kami dapat berikan kasih sayang kepada beliau. Redha. Yes! Kita mesti redha! Ni kan ujian. Semuanya pinjaman. Bila cukup time, kita kenalah pulangkan kepada Tuan Empunya. Mana boleh buat harta sendiri. =)



MasyaAllah. Well-versed. 



p/s : Bubu. You will be missed.
p/s/s : For those who keep on saying that chill ah, it is just a cat. Well listen here people. Bubu is not just a cat! She is our baby!


.

Tuesday, January 17, 2012

Alhamdulillah

Bismillahirahmanirrahim....

Alhamdulillah for the air that I breathe.
Alhamdulillah for the life that I have.
Alhamdulillah for still be given a chance to live in this world.
Alhamdulillah for still being a Muslim.


Alhamdulillah for the amazing parents I have. (For I am 26 years old and still having both Mak and Bapak. Seriously Alhamdulillah for this)
Alhamdulillah for letting me have my sister, brothers and  in-laws.
Alhamdulillah for having a wonderful friend and sister, Husna.
Alhamdulillah for directing me to him, my love; Fadzli.
Alhamdulillah for all the friends that I have.



For the past 25 years, I kept on complaining on every single things.
For not having this and that.
For not getting what I want.
All I see were only flaws.

I kept questioning why can't I get what I want. There, I forgot that Allah only grants us things that we need. Now that I realized. Why all this while my life seems so complicated and difficult. It was because I am not grateful for things that I had had. *menyedihkan*

Sebenarnya, it's not that life being unfair kat kita. We should learn to thank Allah; Alhamdulillah untuk semua benda yang kita ada. Even if its a tiny little thing. Sebab kalau kita sedar yang setiap benda yang jadi tu semua adalah dari Allah, then, life is being perfectly fair kat kita.

Sebab kita kena ingat. Allah grants us things that we need. Not things that we want. Sebab jalan cerita Allah itu adalah sebaik-baik jalan cerita yang ada. =)

p/s : Can't sleep, even after reciting al-Quran. Rasa sayu. :(
p/s/s : Ya Allah, untuk setiap dugaan yang Kau berikan, titipkan juga kekuatan untuk hambaMu mengharunginya. Amin.

Saturday, January 14, 2012

her name is bubu. and she likes to bumbum.

Assalammualaikum..

Kami baru adopt seekor kitten yang sangat adorable. We named her Bubu (since ada orang tu naakkk sangat nama Bubu tu.)

She is sooooo cute and adorable sampaikan semua orang tengok pun dah jadi sayang. Bayangkan those yang memang tak pernah suka kucing pun boleh sayang, apatah lagi saya ini. 

Beliau sangat manja seperti kanak-kanak and selalu nak orang teman. (nasibla ai tak busy kerja or pergi klas. if not how?) dan sangat suka tidur. Rutin harian is makan, main, tidur, bangun, makan, main, tidur...and the list goes~~



::aksi bumbum beliau::

::superman tengah terbang bertugas::

::superman baru landing nak lawan penjahat::

::superman terkandas dalam perjuangan::


p/s : laparnyaaaaa~~ ok bai!

InsyaAllah.....