Monday, August 15, 2011

unifi's service is lousy

Akhirnya kami berdua dah menikmati keindahan berintenet dan mendownload secara berleluasa. Tu pun lepas aktiviti membebai berlaku kat call centre unifi yang lembab sangat tu. Kesahnya~

1. Dua minggu postpone installation. OK Sabaq.
2. Janji nak arrange call back. Tak call pun. OK Sabaq.
3. Pukol 10 pagi installer ketuk rumah tup-tup underground team yang nak tarik-tarik kabel tu tak nampak batang hidung. OK Sabaq. 
4. Pukol 11 pagi call unifi punya call centre 20 minit lebih baru depa layan. OK Sabaq.
5. Call agent tu kata "oh~ team underground takdak sapa buat appointment book time pun, So diorang tak free". OK Sabaq. Haa? Oh time ni dah tak sabaq. 

Badan terus sejuk kat otak ni berdenyut-denyut panas. I mean, what kind of service you guys provide macam ada internal communication breakdown ni? 

Lepas tu boleh pulak cakap CUBA untuk setel kalau takleh jugak nanti kena tunggu depa re-schedule. Tettttt~~~~ wa tarak bleh tahan la. Lagi-lagi plak depa kata tak sure pulak bila ada free untuk re-schedule. Beria la orang yang jawab call tu convince cakap tak boleh. And beria jugak la dua budak yang call ni marah-marah nak jugak-jugak harini. 

Menambahkan perisa pulak, sorang agent kata communication through email saja. Sorang lagi kata tengah cuba call underground team leader. Bila kata nak cakap ngan duty manager/supervisor, depa kata superior suma tengah meeting takleh cakap. Tapi bila aku cakap nak tunggu sampai depa habis meeting, dan-dan la pulak available. Aiyo la~

I can consider, I can tolerate. Tapi cakap jangan pusing-pusing la bai~ So bila end-up customer mengamuk macam ni, boleh pulak siapkan hari ni. Cepat pulak tu. Ada pulak backup team. Confuse eden~

Actually taklah marah sangat, yang jadi marah tu pasal dah la relocate kena bayaq RM300 tapi service hampeh macam taik. I don't blame contractor tu. Aku takto la nak blame sapa. Tapi seriously nak mintak waive RM300 ni. Lepas ni kena buat ramai kat billing department la pulak. 

So billing department, wait there! We'll hunt you down. 


p/s : sorry cik ayuni. lambat sket naaa~~ muah!





0 comments: