Wednesday, June 29, 2011

Random #10

Last Monday, me and my incik programmer berjalan-jalan konon nak survey area nak beli rumah. (He took annual leave sebab banyak lagi katanya~). We went like buat satu pusingan roundabout yang besar from Puchong up to Sungai Buloh, Kuala Selangor, melalui Cheras, Gombak and end kat Shah Alam. Banyak gila projek rumah baru nak naik, developer berlambak-lambak, design rumah yang sangat cantik sampai vibrates jantung aku punya bekenan la nak beli. 

Sadly, these developers only focused kat higher rank punya people. People yang mampu beli sepuluh bijik rumah for the sake of saja beli, yang sometimes they don't even live in that house they bought! Rumah yang harga range starting from RM450k and above, up to RM10mil. I mean, orang yang tak mampu nak beli takkan kena menyewa seumur hidup? Nak tunggu sampai mampu? Tobat tak mampu sampai ke sudah sebab makin lama harga rumah makin naik. 

For budget yang only RM350k below, range rumah yang boleh dapat apartment, flat, or kalau nak landed pun, memang jauh pedalaman la. Jauh yang sampai pukul 6 a.m dah kena gerak drive pi kerja. Sampai tahap tu. Gila kan?? Kesian kat kami. Apa masalah kerajaan kat Malaysia ni? (aku takto la kat oversea macam mana since aku tak pernah duduk kat luaq pun). Tapi kata nak control harga rumah? Bila?

Ok tu pasal harga rumah. Ni pasal title rumah tu. Leasehold and Freehold. Kalau nak beli freehold, mak aih! Berdarah hidung si pengeluar duit. (definitely not me) sebab harga memang terang-terang starts from RM550k and above. Tapi kalau leasehold pulak, tenure 99 years, dah lepas 99 years tu, kerajaan ambik balik rumah tu, ternganga la kan? Kita might not be alive, kalau umur panjang tu pity la. Tapi anak-anak kita? Cucu cicik? 

I'm not blaming kerajaan. Tapi dissapointed! Menteri-mentara semua mewah rumah berjuta-juta, wives seronok bershopping overseas, guna duit sapa? Kereta mahal-mahal imported cars konon suruh rakyat support buatan Malaysia walhal sorang sebijik paling cikai pun Honda. Interest rate Proton lagi tinggi dari Toyota.

Bayar road tax mahal yearly tapi still kena bayar tol pergi sana sini. Now dah nak ada GST. Tax lagi tu. Kami bayar tax for the sake of giving you guys enjoying our money beroversea sana sini. Opps, tak boleh cakap banyak sebab nanti kena cekup masuk ISA. *straight face*



Ok saya dah melalut. Kisahnya adalah semata-mata tertekan tak jumpa rumah idaman harga within budget. Sekian. 


0 comments: